Kongsi Foto Baca Al-Quran, Netizen Doa Fathia Latiff Terus Istiqamah
Kembali berhijab semula sebelum Ramadan lalu, keputusan Fathia Latiff mendapat reaksi positif dan disambut baik oleh ramai pihak. Baru-baru ini, perkongsian Fathia di Instagram menjadi perhatian ramai netizen.
Foto tersebut memaparkan pelakon itu mengenakan telekung sedang kusyuk meneliti setiap bait surah dan juga terjemahannya. Perkongsian Fathia itu membuatkan rata-rata pengikut gembira dengan perubahan pelakon cantik itu.
BACA: Fathia Latiff Menangis Dapat Bertemu Ustazah Asma Harun
Diruangan komen rata-ratanya memberikan komen positif dan mengatakan secara tidak langsung foto itu memberikan motivasi kepada mereka untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Fathia kemudiannya bertindak menutup semula ruangan komen.
“Alhamdulillah, semoga istiqomah”, “Sukanya tengok Fathia sekarang,” dan “Semoga istiqomah Fathia, dah boleh cuba macam Fathia,” tulis netizen.
Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung pada tahun 2019 selepas tiga tahun berhijab. Bagaimanapun, pelakon itu membuat keputusan untuk kembali berhijab sekitar Jun lalu.
- SUMBER
- Astro Gempak
Alhamdulillah… Moga kekal istiqamah kakya… Love u kakya
I happy for u kak tya… Bila nk kluar drama Baru sabar
Harap kakya meletop kembali d TV.rindu ariana Rose kakya
Nak menunjuk nunjuk la tu supaya meraih simpati and dapat “likes” netizen. Tolong la jgn jadi manusia hipokrit. Kalau nak buat baik tu tak yah nak post gambar. Ptui
Biarlah nk tunjuk bnda baik spya mnjadi inspirasi semua. Mudah2an kekal istiqamah serta brbhgia dunia akhirat. Yg lepas biarlah jd pedoman dn sempadan hidup. Xde manusia yg trlepas dr brbuat silap. Setiap ujian dn nikmat ada hikmah di sebaliknya.
Love u kakya
I always support kakya
Pelakon drama pilihan dfkl
Pelakon filem wanita popular abpbh
Hope next year pelakon TV wanita popular abpbh plak ..amin.. Moga fathia latiff maju jaya
Masih ade ruang utk kak tiya menyerlah. Lakonan dulu mantop.
Semua yg bawak watak heroin, girls are gone by end of this year. Macwilson dh preggy. Mira dh nikah. Ayda jebat engaged and tie knot coming soon. Janna nick oso coming soon.
Hope fatiyah istiqomah. Fokus dgn kerja dan jgn kecewakan fanz lagi paling utama berubah kerana Allah, bkn kerana manusia atau boyfren mu.
moga diberi kekuatan untuk istiqomah ..amiin ya Allah
ni mesti doa dr mak bapak dia.. nasib dia cpt sedar n berubah.. Alhamdulillah