fbpx

Kongsi Foto AI Tanpa Purdah, Neelofa Dah Minta Izin Suami

Baru-baru ini perkongsian selebriti popular Neelofa berkongsikan foto tanpa niqab dalam dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI di Instagram menjadi perhatian ramai.

Ramai yang teruja melihat foto berkenaan serta menganggap dapat mengubat rindu melihat wajah selebriti itu, namun ada juga yang kurang senang.

BACA: “Bukan Nak Jadi BFF, Cukup Sekadar Buka Chapter Baru” – Neelofa

Memetik BH Online, Neelofa berpendapat tidak salah berkongsikan gambar tersebut kerana ia hanya versi AI dan bukan wajahnya yang asli.

“Foto AI dipaparkan itu bukan saya, tetapi macam (mirip) saya. Saya baca komen dan pada masa sama, apabila ada yang berpendapat seperti itu, seperti ini… Ingin saya katakan, foto itu bukan saya. Lagipun, saya bukan buat dosa seperti buka hijab atau dedah aurat.

“Foto itu dibuat pasukan saya untuk kempen jenama tudung baharu dan atas keizinan saya. Daripada mereka guna gambar orang lain, lebih baik guna gambar saya,” katanya.

Sementara itu, Neelofa berkata dia juga sudah mendapat keizinan daripada suaminya, pendakwah bebas PU Riz sebelum memuat naik foto berkenaan.

“Sepanjang proses pembikinan foto versi AI ini, saya tunjukkan kepada Haris. Sekali lagi ingin saya tegaskan, tujuan kempen itu bukanlah untuk saya dedahkan aurat. Bukan satu dosa pun buat AI tu,” katanya.