fbpx

Kongsi Babak Filem Dalam Pawagam, Ameera Khan Dikecam Netizen

Jika sebelum ini selebriti popular Neelofa pernah dikecam netizen selepas berkongsikan babak dalam filem The Lion King pada 2019, kali ini giliran Ameera Khan pula dikecam teruk disebabkan perkara yang sama.

Sejak semalam, hangat diperkatakan apabila seorang pengguna Twitter berkongsikan Insta Story Ameera yang memuat naik rakaman babak filem House Of Gucci.

BACA: Pakai Baju Ketat, Ameera Khan Dituduh Buat Rawatan Besarkan Payudara?

Perkongsian Ameera itu mengundang kecaman netizen kerana sudah masuk tahun 2022 namun masih ada lagi yang melakukan perkara sedemikian.

Perkongsian pengguna Twitter itu mendapat perhatian GSC Cinema yang mengatakan pihak mereka mengambil serius tentang perkara itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana umum mengetahui tidak dibenarkan merakam ketika menonton wayang.