Di antara adik-beradik selebriti Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.

Baru-baru ini, foto dimuat naik oleh Ameera menjadi perhatian ramai mamaparkan dirinya mempromosikan sebuah beg jenama mewah antarabangsa.

BACA: Ameera Khan Dah Nak Kahwin?

Apa yang menjadi bualan adalah pakaian yang dipakai oleh gadis itu yang dilihat agak ketat sehingga didakwa menonjolkan benda yang tidak sepatutnya.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa Ameera membuat rawatan besarkan payudara kerana ianya kelihatan besar

Seperti sudah dijangka, ada juga netizen yang mengaitkan tindakan Ameera yang berpakaian mencolok mata itu dengan abang iparnya, PU Riz.