Komposer Legenda Pak Ngah Meninggal Dunia
Komposer terkenal tanah air iaitu Pak Ngah yang sering memperjuangkan lagu-lagu irama Malaysia disahkan meninggal di Batam, Indonesia pada pukul 3.05 petang tadi.
BACA: Siti Nurhaliza Sudah Cipta Lagu Untuk Anak
Berita sedih mengenai pemergian Pak Ngah atau nama sebenarnya, Datuk Suhaimi Mohd. Zain itu disahkan oleh penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris menerusi anak komposer itu, Megat.
Menurut laporan Astro Awani, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang esok ke Malaysia. Sekali lagi industri hiburan kehilangan insan yang berbakat besar lebih-lebih lagi dalam membawakan lagu-lagu irama Malaysia.
Sementara itu menerusi Utusan Malaysia, anak Allahyarham Pak Ngah yang hanya dikenali dengan nama Rina pula enggan memberi sebarang ulasan dan meminta kerjasama semua pihak agar memberi ruang kepada pihak keluarganya terlebih dahulu.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Pak Ngah dan didoakan semoga mereka sentiasa tabah menghadapi kehilangan ini. (rtky/f)
- SUMBER
- astro Awani
Innalillahi wainna ilai hirojiun
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un..Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Rohnya..Aamin.
Baru jek tv3 interview tnya tntg kemerosotan muzik irama Msia. Tp dah ajal dia, dulu kita kehilangan sorg penulis lirik yg hebat Allahyarham Loloq, skrg kita kehilangan pula sorg komposer irama Msia yg hebat. Mrk2 ni xde pengganti lahir dgn bakat anugerah Allah khusus utk mrk saja. Kdg2 masa mrk hidup kita x hargai kerja2 mrk tp bila dah mninggal baru kita terasa betapa besar bakat mrk. Takziah buat keluarga Pak Ngah moga Allah ampuni dosa2 mrk dan tmptkan dikalangan org2 beriman..