fbpx

Orang kata, perkara yang terbaik berlaku kepada mereka yang sanggup menunggu. Buat peminat Justin Timberlake, penantian itu berakhir selepas enam tahun tanpa kelibat dalam muzik.

Justin Timberlake kembali ke dunia muzik selepas hiatus selama enam tahun tanpa sebarang lagu atau album dengan sebuah single baru berjudul Suit & Tie hasil kolaborasi bersama Jay-Z.

Suit & Tie merupakan single pertama daripada album terbaru beliau yang berjudul The 20/20 Experience yang bakal terbit tahun ini tetapi masih belum mempunyai tarikh tetap.

Lagu terbaru beliau ini boleh di’dapati di iTunes mulai hari ini dan jika anda sayangkan duit untuk melabur terus ke dalam muzik baru ini, dengarkan lagu penuh yang di’muatnaik ke Youtube ini.