Korang tengah cari tempat baru yang best untuk makan, lepak, dan enjoy aktiviti seronok kat KL? TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre kini dibuka! Tempat ini memang tempat yang korang kena terjah! Gabungan makanan yang sedap dan hiburan menarik, semuanya ada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tak percaya? Jom baca ni!
Tempat Makan & Vibe Santai
TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre terletak di Jalan Hang Tuah, sebuah kawasan yang memang penuh dengan sejarah, dan sentuhan moden yang memang “instagrammable”! Nama “TUAH” tu sendiri bermakna keberuntungan dalam bahasa Melayu, jadi korang boleh bayangkan betapa lucky-nya korang kalau datang sini!
Tidak hanya tempat makan biasa, TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre ini menawarkan lebih kepada pengalaman yang penuh dengan rasa dan gaya. Nak cuba masakan dari chef terkenal Asia’s 50 Best Restaurants? Ada! Kalau korang nak makan yang lebih santai dan tempatan pun ada.
Korang boleh datang dengan geng kerja, pasangan, atau keluarga. Suasana yang cosy dan santai ni memang sesuai untuk semua orang. Senang cerita tempat ini memang tempat yang perfect untuk lepak sambil makan-makan!
Ini Yang Patut Korang Check Out!
Ada 8 restoran hebat di TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre, dan masing-masing mempunyai keunikkannya yang tersendiri! Nak makan seafood mewah? Pergi je ke Ministry of Crab (halal). Nak try makanan tempatan yang sedap? Boleh cuba Pak Tok (pork-free) dan Hock Kee Kopitiam (halal) memang pilihan terbaik. Kalau nak chill sambil minum, Crafty’s Bar & Lounge (non-halal) ataupun untuk kelainan sedikit dan bukan untuk makan, anda boleh bersenam di MORPH by Kamileon pun ada!
Selain tu korang juga wajib cuba makanan di AS I AM (halal), Ting Shan (non-halal) dan Chef Kecik (halal). Kesemua tempat yang kami sebut ni memang menarik dan bakal memenuhi setiap selera. Jadi, bila craving sesuatu tu terjah je sini, semua ada!
Meriah Gila!
TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre kini telah dibuka! Jom ajak kawan-kawan ataupun datang dengan sekeluarga untuk datang sini makan!
Oh, dan jangan lupa tentang TUAH Neko, patung inflatables besar yang hanya ada di sepanjang acara sahaja, boleh jadi tempat selfie paling popular tau!
Semua Aktiviti Yang Menyeronokkan
Bukan itu sahaja, korang pun boleh bawak kawan-kawan dan sekeluarga datang The Labs @ Bukit Bintang City Centre pulak! Tempat ni sesuai gila untuk korang yang suka hiburan, nak tengok wayang di GSC Cinema, main game kat arcade, atau explore galeri seni media multidimensi di Immersify Kuala Lumpur.
Yang paling menarik, The Labs @ Bukit Bintang City Centre ni bukan je ada hiburan, tapi ada ruang event besar di Andaman Grand Ballroom, konsert di ZEPP Kuala Lumpur, dan banyak lagi aktiviti untuk semua peringkat umur!
Dengan suasana moden dan happening, The Labs @ Bukit Bintang City Centre memang tempat yang korang takkan bosan.
Wajib Terjah Kalau Nak Sesuatu Yang New Dalam Hidup
TUAH 1895 dan The Labs @ Bukit Bintang City Centre ni dua tempat yang korang kena singgah kalau nak habiskan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan, makanan yang sedap, dan relax. Tak kira la korang datang solo, dengan kawan-kawan, atau bawa family, kat sini memang ada segala-galanya untuk buat hari korang jadi lebih best!
So, apa tunggu lagi? Singgah TUAH 1895 dan The Labs @ Bukit Bintang City Centre pada bila-bila masa, dan nikmati pengalaman baru dengan penuh bergaya!
Lawati media sosial TUAH 1895 & The Labs @ Bukit Bintang City Centre:-
TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre
The Labs @ Bukit Bintang City Centre