“Kita Yang Mengecam Pun Sebenarnya Sedang Diuji”
Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai kekecohan yang timbul dalam industri seni tanah air.
Diminta untuk beri pendapat mengenai kontroversi berlaku termasuk isu Kak Long 7E serta rakan artis terpalit dengan video panas, penyanyi Shahir menyeru orang ramai agar memainkan peranan masing-masing.
BACA: Shahir Tak Terkejut Gosip Erra Fazira Isteri Kedua Ahli Politik
Kata Shahir lagi, budaya mengecam tanpa usul periksa juga patut dielakkan oleh masyarakat demi kehidupan aman bersama kerana ia juga satu ujian buat kita.
“Saya rasa apa jua bentuk yang kita lihat seperti yang digambarkan itu mungkin satu ujian. Kita cuba ambil dari sudut yang positif. Kalau seseorang berkelakuan sebegitu, barangkali dia ada masalah sendiri yang kita tak tahu pun.
“Kadang-kadang, kita yang melihat ini pun diuji juga sama ada kita mengecam semata-mata atau kita bantu mereka untuk berubah,” katanya.
Dalam pada itu, Shahir juga berharap orang ramai tidak hanya pandai mengecam sahaja tetapi dalam masa sama belajar untuk memaafkan serta perbetulkan kesilapan.
“Mungkin ada kelemahan cara dari segi cara mengendalikan media sosial dan kita sebagai saudara seislam sepatutnya saling menasihati. Jangan diperbesarkan isu dengan mengecam sebab tiada manusia yang tak buat silap di dunia ini.
“Jadi, kita cuba maafkan dan insya-Allah, kita perbetulkan sama-sama. Kita tengok silap orang lain tapi tak tengok silap diri sendiri. Bagi saya, kalau semua sibuk mengecam akhirnya, orang yang buat silap akan kekal begitu,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Kalau buat baik org pun sayang. Jgn kata ujian tu Allah turunkan tapi diri sendiri hauk je attitude ..sbb yg buruk dari kita. Yg baik dr Dia.
tak habis habis kena uji, tak de modal lain ke? Kau tengok kelanyan setiap tahun kena banjir, tu diuji ke?
Masaalahnya ramai ada sakit jiwa skrg ni. Buat salah bangga. Buat lagi dan lagi..Itu yg org meluat.
Sendiri perangai cam haram jadah bila kena kutuk diuji konon. Puihhh. Play victim pulak!!
Sebelum nak petik perkataan “ujian” Zzz sebelum buat2 apa guna akal dulu. Ni tak kan..buat dulu bila koyak mcm2 alasan kalimat keluar nak menghalalkan cara engko. Podah la..x habis2 ujian. Ko yg cari psl nk salahkan org plak.
Org2 alim dia x tngk aib org, dia x ambil tau pun benda2 yg xde faedah dan merosakkan hati serta akal dia. Tp bila perkara itu berlaku pd diri dia atau org2 yg sngt rapat dia akan cuba positifkan diri, pujuk hati dgn mengatakan ini semua hanyalah ujian kerana kita semua ada kelemahan dan buat silap. Tp dlm isu viral di media social ni majoriti yg dok komen, share dan tngk adalah awam yg iman dia bkn mcm org alim. Bila mrk tngk benda2 yg mrk x suka atau menyinggung hati mrk dah tentu mrk marah! Mrk maki, mrk kutuk, mrk kecam. Bkn sebab mrk rasa diri mrk sngt sempurna dan x pernah buat dosa! Tp sebab perbuatan org2 yg viralkan benda2 bodoh itu keterlaluan, bukan sesuatu yg normal org seronok nk share kt anak2, kt pakcik makcik yg juga pengguna media sosial ni. Jd isunya bukan kita semua hipokrit nk tnjk kita ni lg baik dari org buat tapi perangai atau perbuatan jelek org tu x sepatutnya disebar secara terbuka mcm tu!!!! Kita suruh mrk guna akal waras, jadi manusia yg ada otak, bertanggungjawab!!!!
Retis2 yg baru ikut geng tabligh ni elok berenti terus je laa dri terlibat dlm bidang lagha dan sia2 tu. Korg dah jumpa jln baik korg jln terus jek x payah amik kisah psl org2 lagha ni. Bila korg keluar dakwah ajak org ke surau, masjid korg dakwah je laa. Hal2 dlm media sosial ke psl drama ke korg x payah laa nk sibuk2 bg komen jugak sbb komen2 korg akan jd “backfire” pd korg balik. Nmpk sngt korg nk tnjk alim xkena tempat! Dlm media social sapa nk tunjuk alim mmg kena maki laa. Kalau kt depan2 org x berani maki!
Beginilah klo nak ckp psl diuji kite mngakui la mmg kite semua diuji. Baik hal besar atau kecik. Cuma kite istimewa Allah berikan akal utk berfikir atau utk mnyelesaikan sesuatu mslh. Ikut rasa hati. Mmg binasa