fbpx

“Kita Pun Ada Kekurangan, Usah Sebar Aib Orang” – Adik Aliff Aziz

Adik kepada Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz berkata kes tangkap khalwat abangnya itu bersama pelakon Ruhainies memberi tamparan hebat kepada keluarga mereka.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aisyah bagaimanapun berkata mereka yang menyebar cerita buruk orang lain tanpa kesahihan merupakan satu kepuasan bagi sesetengah pihak.

BACA: Aisyah Aziz Berhijab, Kongsi Keindahan Perbaiki Solat

“Kami sekeluarga menerima tamparan hebat, bagaimanapun saya tidak boleh menilai anda semua mengenai perkara itu.

“Mungkin anda tidak tahu mengenai perkara itu. Mungkin bercakap dan menyebarkan membuatkan anda berasa lebih baik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aisyah berharap orang ramai dapat menahan diri daripada menyebarkan kenyataan palsu berhubung kes membabitkan abangnya yang mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Malah Aisyah berkata lagi, setiap orang mempunyai kekurangan, namun Allah menutup aib mereka sebaik-baiknya dan tidak menjadi golongan yang menyebarkan aib orang lain.

“Saya berharap anda semua boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat tidak benar atau aib kerana kita mungkin akan diuji dengannya.

“Kita semua ada kekurangan. Allah telah menutup aib kita dari seluruh dunia, (jadi) janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain,” tulisnya.

SUMBER: Kosmo