fbpx

Aisyah Aziz Berhijab, Kongsi Keindahan Perbaiki Solat

Penampilan penyanyi Aisyah Aziz yang kini tampil berhijab mendapat reaksi positif daripada netizen yang tumpang gembira melihat penghijrahannya itu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aisyah turut berkongsikan keindahan selepas dia mengalami agama Islam dan belajar untuk perbaiki solat sejak tahun lalu.

BACA: Peminat Sejuk Hati Tengok Aisyah Aziz Bertudung

Menurut Aisyah lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki diri serta diberikan hidayah.

“Pada tahun lalu, saya minta pada Allah agar diberikan hidayah dan petunjuk agar diberi kekuatan untuk melepaskan sesuatu yang perlu.

“Apabila diminta kekuatan, Allah berikannya. Kemudian Dia menguji saya dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu untuk membimbing ke jalanNya,” katanya.

Sementara itu, Aisyah berkata hubungannya dengan ibu bapa semakin baik serta dipeluang untuk menunaikan ibadah Umrah pada tahun lalu.

“Saya perbaiki solat dan banyak diinspirasi daripada seorang sahabat. Ianya memberikan ketenangan jiwa. Selain itu, saya lebih memahami tentang erti bersederhana, menangis seorang diri dengan menyoal diri sendiri sama ada mampu untuk menjauhi perkara berkaitan duniawi.

“Hubungan saya dengan ibu dan ayah juga semakin baik malah dapat peluang menunaikan ibadah umrah pada tahun lalu. Terlalu banyak untuk dikongsikan namun belum masanya lagi. Mungkin ianya hanya antara saya dengan Allah,” tulisnya.