Pelakon Linda Hashim berkata sikap sambil lewa suaminya yang juga aktor Beego dalam membayar nafkah anak membuatkan dirinya hilang sabar sehingga memuat naik di media sosial.

Memetik mStar Online, Linda berkata suaminya hanya akan memberi nafkah sekirnaya diminta namun jumlah diterima tidak cukup untuk menanggung tiga anak mereka sehingga dia terpaksa guna wang sendiri.

BACA: “Mana Bapa Anak-Anak Ni? Enjoy Boleh Tapi Duit Makan Anak-Anak Abaikan” 

Malah, untuk program sekolah anak suami akan memberikan wang apabila dihantar surat daripada cikgu dan Linda mendakwa tiada perbelanjaan untuk barang dapur daripada Beego.

“Beego ni jenis kalau kita minta nafkah baru dia bagi, itu pun dengan jumlah wang yang tak mencukupi. Bukan saya tak bersyukur tapi duit belanja sekolah anak semuanya saya tanggung sendiri.

“Kalau nak dapatkan duit, apa-apa program sekolah yang perlukan wang, surat cikgu bagi itulah yang kami hantar kepadanya baru dia bagi duit. Perbelanjaan lain macam barang dapur dan sebagainya memang tak ada,” katanya.

Sementara itu, Linda mendedahkan Beego tidak konsisten dalam membayar nafkah dan ada masanya tidak mengirimkan wang. Malah, Linda turut mempersoalkan suaminya sudah bekerja dan pendapat mencecah ribuan ringgit.

Dakwa Linda lagi, Beego turut mengirimkan wang secara berulang dengan jumlah sedikit hanya untuk mendapatkan bukti pembayaran untuk dilampirkan ke mahkamah kelak.

“Duit nafkah itu pun dia bagi sikit-sikit, dia akan transfer amaun berbeza dan saya tahu dia buat begitu hanya mahukan bukti pembayaran untuk dibawa ke mahkamah.

“Tapi itu bukanlah nafkah kerana ia hanya kos bayaran untuk bil telefon anak dan kalau ada program melibatkan urusan persekolahan,” katanya.

Dalam pada itu, Linda berkata dia tidak menerima nafkah daripada suaminya sedangkan masih bergelar isteri yang sah. 

“Dia tak mahu lepaskan tapi nafkah untuk saya sama sekali tak ada. Tak nak lepaskan tapi tak mahu beri nafkah. Apa yang dia bagi adalah untuk anak-anak, itu pun tak cukup,” katanya.

Sumber: mStar Online

×