fbpx

Kisah Sajat Dapat Liputan The New York Times

Selepas sekian lama menghilangkan diri sejak hangat diperkatakan mengenai penahanannya di Bangkok, Sajat memaklumkan dia kini berada di Australia.

Nampaknya, selepas berhijrah ke negara itu, kisah Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamarus Zaman mendapat liputan media antarabangsa, The New York Times.

BACA: Kekasih Sajat ‘Serang’ Pegawai Polis Malaysia

Menerusi laporan tersebut, Sajat berkongsikan kisahnya yang diburu pihak berkuasa kerana tindakannya bertudung dan berpakaian wanita.

Kata Sajat lagi, dia ada bertemu dengan pegawai jabatan agama Islam pada Januari lalu namun mendakwa ditendang tiga lelaki dan buah dadanya diraba. Kata Sajat lagi, pada hari yang sama, dia digari dan ditahan serta ditempatkan di pusat tahanan lelaki.

“Mereka merasakan tidak mengapa untuk menyentuh bahagian peribadi dan payudara saya kerana mereka menganggap saya sebagai lelaki,” katanya.

Dalam temu bual itu juga, Sajat berkata dia kini lebih bebas dan boleh menjadi dirinya sendiri di negara itu.

“Saya rasa terkongkong di negara sendiri, di tempat saya dilahirkan sebab undang-undang menjenayahkan saya dan menganggap saya sebagai lelaki,” katanya.

Terdahulu, Sajat berkata dia mempunyai perancangan untuk membuka perniagaan di negara itu dan tidak akan kembali ke Malaysia semula.