Kami di'sini berani katakan yang filem Lagenda Budak Setan 2: Katerina ini merupakan filem tempatan paling mengundang airmata untuk tahun 2012.
Kalau staff kami yang lelaki merah biji mata selepas menonton kisah cinta Kasyah dan Katerina ini, apatah lagi jika anda yang memang meminati filem genre sebegini.
Lagenda Budak Setan 2: Katerina di'lakonkan oleh Farid Kamil sebagai Kasyah, Maya Karin mendukung watak Katerina selain sokongan Bront Palarae & Azri Iskandar.
Filem arahan Sharad Sharan ini merupakan kesinambungan kepada filem pertama Lagenda Budak Setan yang memang hits di'kalangan peminat sekitar tahun 2010.
Setelah pemergian Ayu yang di'lakonkan Lisa Surihani pada filem pertama, Kasyah membawa hati dan cinta beliau kepada Katerina yang terpaksa melalui pelbagai cabaran.
Cabaran ini berjaya di'jelmakan dengan cemerlang oleh watak watak antagonis yang di'bawakan oleh Bront Palarae (it's Bront Palarae, guys) dan juga Azri Iskandar. Baca rebiu mendalam filem ini yang kami tuliskan khas bulan lalu.