fbpx

Kisah Benar Amityville: The Awakening Mencemaskan!

Jika anda peminat setia filem seram, pasti anda pernah menonton filem yang menggunakan nama Amityville, iaitu sebuah rumah yang mempunyai sejarah seram membabitkan pembunuhan sekeluarga. Diinspirasikan daripada kisah tersebut, filem Amityville: The Awakening bakal menerjah pawagam pada 17 Ogos ini.

Selain itu, kisah rumah penuh misteri ini juga telah beberapa kali dijadikan naskhah filem seperti Amityville Horror (lakonan Ryan Reynolds pada tahun 2005 dan James Brolin pada tahun 1979), The Amityville Haunting, Amityville Exorcism dan banyak lagi. Malah rumah Amityville juga pernah muncul di dalam filem The Conjuring 2.

Apa yang pasti, kisah sebenar terjadi pada tahun 1974, apabila pemilik rumah ini telah membunuh seluruh keluarganya menggunakan shotgun (seperti yang ternyata di dalam keratan akhbar di bawah ini) dan mendakwa dia mendapat arahan melalui bisikan kepadanya.

Malah terdapat sekeping gambar yang didakwa sebagai hantu kepada budak berusia 9 tahun yang bernama John Defeo. Defeo bersama seorang abangnya, dua kakaknya dan ibu bapa mati ditembak oleh abangnya Ronald di rumah tersebut.

Gambar tersebut telah berjaya dirakamkan oleh Ed and Lorraine Warren iaitu pakar aktiviti paranormal. Diinpirasikan melalui kejadian tersebut, filem ini akan membawa anda lebih mendalam dan pastinya membuatkan anda berasa cemas apabila berhadapan dengan situasi sebenar dan juga ilusi.

Selain itu pelbagai lagi kejadian misteri terjadi di rumah tersebut sehingga menyebabkan penghuninya merasa kurang senang seterusnya membawa kepada pembongkaran perkara yang lebih mengejutkan.

Selain itu, penerbit filem ini juga memang terkenal dengan naskhah seram seperti Paranormal activity, Insidious dan juga Sinister. Jika anda sudah melihat filem filem tersebut, pastinya filem Amityville: The Awakening adalah filem yang paling sesuai untuk anda tonton bersama rakan anda yang penakut!

Kami kongsikan trailer pendek filem tersebut. Nampaknya mereka bakal sukar untuk membuat keputusan kerana sukar untuk menentukan sama ada realiti atau pun ilusi syaitan.

Jika anda mahu melihat trailer penuh, klik saja di sini dan Kami cabar anda untuk menerjah pawagam berhampiran untuk melihat sendiri amukan misteri Amityville: The Awakening bermula 17 Ogos ini!