fbpx

Kini Orang Kelainan Pendengaran Pun Mampu Mendengar Takbir Raya!

Berbicara soal Hari Raya, Takbir Raya adalah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh umat Islam yang membawa seribu satu maksud mendalam.

Mendengar sahaja Takbir berkumandang pada malam raya, pastinya suasana di rumah anda terus bertukar menjadi lebih ceria dan gembira bukan?

Tapi pernahkah anda terfikir bagaimana golongan kelainan pendengaran mendengar Takbir raya? Bagaimana cara mereka menghayati Takbir Raya, adakah dengan melihat bahasa isyarat yang disiarkan di kaca televisyen?

Namun Maxis telah menemui jawapan daripada pertanyaan apabila Maxis bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk mendalami cabaran yang dihadapi oleh golongan ini, serta mendapat nasihat dan pandangan dari Pegawai Hal-Ehwal Islam, Uztaz Mohammad Khairul Mohd Lias mengenai bagaimana golongan kelainan pendengaran ini mendengar dan menghati laungan Takbir Raya.

Hasilnya, Maxis telah mencipta aplikasi Deria Takbir yang membolehkan golongan kelainan pendengaran menikmati Takbir melalui visual dan getaran buat kali pertama. Aplikasi Deria Takbir buat golongan kelainan pendengaran ini berupaya menukar gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual cymatic dan getaran haptic sekaligus membolehkan golongan ini merasakan irama dan melodi Takbir.

Sekarang dengan adanya aplikasi Deria Takbir ini, golongan kelainan pendengaran tidak akan berasa diri mereka disisikan lagi dan mereka boleh menghayati Takbir dengan cara mereka tersendiri.

Lebih menarik lagi, Maxis turut menghasilkan sebuah filem pendek, Deria Takbir Raya. Filem pendek ini mengisahkan kehidupan Faiz, seorang budak lelaki dengan kelainan pendengaran. Pada Hari Raya, bapanya memberikannya sebuah iPhone yang mempunyai aplikasi Deria Takbir dan untuk kali pertama dalam hidupnya, Faiz dapat menikmati alunan Takbir.

Untuk memastikan kesahihan dari segi pengalaman sebenar yang dialami mereka, filem pendek ini dihasilkan dengan mengambil kira perkongsian yang tidak ternilai dari golongan kelainan pendengaran, dan menampilkan sebuah keluarga sebenar.

Sama-sama kita hayati filem pendek ini. Pastikan anda sedia tisu ya.

 

Ini kami belanja anda cara-cara menikmati aplikasi Deria Takbir yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Play Store.

1. Muat Turun Aplikasi Deria Takbir

2. Berikan Kebenaran Aplikasi Untuk Akses Mikrofon Bagi Mengesan Bunyi Takbir Raya

3. Aplikasi Deria Takbir

Aplikasi ini akan terus menukarkan gelombang bunyi secara langsung kepada corak visual ‘cymatic’ dan getaran ‘haptic’, yang mengikuti irama dan melodi Takbir.

Maklumat lanjut mengenai aplikasi Deria Takbir ini, anda boleh layari laman rasmi Maxis.