fbpx

Memang tak dapat dinafikan lagi, aura zaman digital ni semakin kuat. Masuk tahun 2021 ni dah banyak portal-portal diwujudkan untuk mudahkan semua orang.

Dan kerajaan kita pun tak mahu ketinggalan untuk wujudkan Portal MyGovernment (www.malaysia.gov.my) yang merupakan Gerbang Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan atau Government Online Services Gateway (GOS Gateway).

Portal ini menyediakan informasi dan perkhidmatan digital kerajaan berpaksikan rakyat dan berkonsepkan Whole of Government.

Sebagai pengguna berdaftar, kesemua perkhidmatan digital yang terdapat di Portal MyGovernment ini boleh diakses dengan hanya menggunakan satu identiti pengguna (ID) dan kata laluan sahaja.

Bukan 1 atau 2 yer yang ada tapi kini, terdapat 31 perkhidmatan digital tersedia di Portal MyGovernment! Fuh bukan kaleng-kaleng.

Antaranya adalah:

1. Sistem Janji Temu Klinik KKM (Lima (5) Klinik Rintis)
2. Semakan Status Saman Trafik PDRM
3. Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian
4. Permohonan Gantian MyKad
5. Semakan Keputusan Peperiksaan (STPM, MUET, UPKK, SPM, SPMU, SAPS)
6. Permohonan Kemasukan ke Prasekolah (PERPADUAN, MAIWP, KEMAS,JAIS)
7. Permohonan Kemasukan Ke Tahun Satu (JAIS)
8. Informasi Trafik Bagi Bandar Utama di Malaysia

Memang membantu sangat kan. Lepasni anda terus cari jer portal-portal yang disediakan ini untuk anda. Hanya guna di hujung jari jer!

Dengan ini, anda boleh ke LINK INI atau tonton jer kat bawah ni pautan Video Pendaftaran Pengguna Portal MyGovernment untuk pendaftaran dan juga perkongsian.


Jangan lupa bagitahu jiran sebelah juga tau!