fbpx

Khairul Fahmi & Leuniey Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Khairul Fahmi atau Apex dan juga Leuniey Natasha yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Menurut kemaskini Instagram isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan ini, kandungan masih lagi sekitar 3 bulan.

BACA: Apex Bergelar Bapa, Leuniey Natasha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Khairul Fahmi, Leuniey Bakal Timang Anak Kedua - ROTIKAYA20150403_1993

Malah Apex juga dalam kemaskini terbaru juga ada memberitahu bahawa isterinya itu kini terkena alahan yang agak teruk sambil sempat hashtag yang menyatakan anak pertamanya, Kayla Elayna. bakal dapat adik baru, mengesahkan lagi berita kehamilan tersebut.

Berita gembira tersebut pastinya mendapat reaksi positif peminat tegar mereka. Apa-apa pun, kami suka melihat bagaimana Apex meluangkan masa dengan keluarga setiap kali mereka mempunyai masa terluang. Kami rasa, anak kedua mereka ini perempuan. (rtky/s)