fbpx

Bergambar Bersama, Netizen Puji Nabila Razali & Khai Bahar Sepadan

Semalam berlangsungnya majlis resepsi pasangan penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel bertempat di Bayswater, KLCC.

Ramai rakan selebriti dijemput hadir antaranya penyanyi Nabila Razali dan Khai Bahar. Namun apa yang menjadi perhatian, kedua penyanyi itu memuat naik gambar bersama.

BACA: Sedih Dikritik Rakan Artis, Nabila Razali Tak Akan Berhenti Menyanyi

Malah, keduanya juga dilihat sempat berbalas ’emoji’ berbentuk hati di ruangan komen.

Perkongsian gambar kedua mereka itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen yang memuji Nabila dan Khai sesuai bersama. Tidak kurang juga ada yang mengatakan selepas ini mungkin giliran mereka pula yang akan naik pelamin.

Ada apa-apa ke tu, Nabila dan Khai? Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.