fbpx

Macam yang ramai tahu, bila negara kita dan seluruh dunia dilanda wabak pandemik, COVID-19, ramai yang terjejas dari segi perjalanan kehidupan seharian dan ekonomi keluarga pun mula merosot.

Paling tragis, bila ada yang terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan, ada yang terpaksa tutup perniagaan akibat terjejas teruk dan ada juga yang kehilangan tempat bergantung. Situasi ini telah menyebabkan begitu banyak kehidupan yang terhenti seketika sepanjang PKP tempoh hari. Walaupun sekarang kita dalam tempoh PKPP, but still ada beberapa SOP yang kita kena patuhi.

Noir faham dan begitu prihatin di atas situasi ini, dan mereka percaya sekiranya setiap wanita percayakan proses yang telah team Noir hadapi dan lalui, pasti ramai yang boleh bangkit dari cabaran dan halangan yang menghimpit ini.

Tembus Pasaran Luar Negara!

Untuk info anda, NOIR Health & Beauty Sdn Bhd yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu adalah syarikat yang berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara.

Noir juga antara produk kecantikan tempatan yang telah bertapak lebih lama dalam menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Dan Noir terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia! Fuh, hebat gais…

Formulasi produk Noir ini jugak menekankan pada kepentingan dari segi vegan, tiada ujikaji ke atas haiwan dan mewujudkan kesedaran dalam kelestarian untuk berkembang dan sekaligus untuk memelihara kualiti dan formulasi untuk pengguna setia mereka.

Jom Tambah Duit Poket Anda

Okay selepas masalah yang ramai alami ketika wabak pandemik ni menyerang kita, Noir nak ambil peluang ini untuk bantu anda terutamanya wanita dengan mewujudkan Bangkit Wanita!

Bangkit Wanita adalah salah satu PLATFORM dari Noir untuk membantu wanita untuk lebih yakin dan berjaya bertindak lebih berani untuk mengubah taraf kehidupan sedia ada.

Webinar ini menampilkan founder Noir, Madammu, dalam berkongsi perjalanan beliau dalam bisnes kecantikan. Bangkitkan kuasa wanita. Ketahui formula kejayaan MADAMMU!

Kalau anda nak tahu, Madammu ni mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Bersemangat dan sentiasa konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini.

Asalnya hanya berkongsi tips kecantikan di media sosial sahaja, sampaikan terjadi fenomena dalam industri kecantikan tempatan. Disebabkan keterampilan dan pengetahuan Madammu dalam menyampaikan tip-tip tentang kecantikan, terutamanya penjagaan kulit telah memberikan ilham kepada para pengikutnya untuk tampil cantik dan mencapai kulit wajah yang sihat dan berseri.

Haa..dan disebabkan inilah, Madammu menghasilkan produk penjagaan kulit yang halal dan premium yang paling ideal untuk setiap orang, Noir.

Kenapa Perlu Bangkit Wanita?

Webinar ini diwujudkan khas untuk anda terutamanya wanita yang nak cari duit poket lebih. Anda boleh tengok list di bawah ni, dan faham dengan mendalam kenapa Noir nak bantu anda!

1. Bangkit Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan.

Inilah masanya untuk anda berusaha demi merealisasikan impian melalui hasil usaha diri sendiri. Bukan itu sahaja, sudah tiba masanya untuk mempunyai simpanan sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun keluarga. Inilah masanya untuk membalas jasa yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapa. #BangkitWanita

2. Bangkit Untuk Kebahagiaan.

Marilah melaburkan masa, tenaga dan harta untuk memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik! Anda sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang dan berikan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbanannya. #BangkitWanita

3. Bangkit Untuk Capai Matlamat Hidup Dan Financial Freedom.

Siapa yang inginkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin? Siapa yang tak inginkan gaya hidup yang diidamkan? Sama ada untuk mengumpul hara mahupun menikmati percutian impian, ini semua bergantung pada #BangkitWanita.

4. Bangkit Untuk Berkuasa Atas Hidup Sendiri.

Sampai bila kita nak biarkan orang lain yang tentukan corak kehidupan anda? Sudah tiba masanya untuk anda corak kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana anda boleh melangkah kerana inilah masanya untuk #BangkitWanita.

5. Bangkit Dari Kegagalan.

Gagal dalam kehidupan, itu perkara biasa. Yang menjadi luar biasa adalah apabila anda bangkit dari kegagalan itu! #BangkitWanita sebagai salah satu platform untuk memulakan kerjaya. #BangkitWanita pasti berjaya ke menara gading demi untuk masa depan yang lebih cerah.

Amacam? Berapi tak? Bersemangat kan, kenapa nak ambil masa yang lama untuk ubah hidup anda, sedangkan peluang macam ni dah ada depan mata.

Matlamat Bangkit Wanita

Apakah matlamat apabila Webinar Bangkit Wanita ini diwujudkan?

Sebenarnya Noir melancarkan pakej-pakej menarik untuk membolehkan ramai wanita untuk bangkit berubah dengan menyertai team Noir.

Pelancaran pakej sebagai Noir Entrepreneur dengan modal serendah RM550 sahaja. Noir nak pasakkan matlamat yang tinggi menjelang tahun 2021 untk menghasilkan seramai 1,000 Noir Entrepreneur yang menjana pendapatan lebih RM10,000 secara bulanan!

Di samping itu, buat pertama kalinya juga, Noir memperkenalkan program keusahawanan baru di bawahnya, iaitu Noir Mobile. Bermodalkan hanya dengan pembelian satu unit UV White Foundation dapat melayakkan menjadi sebahagian daripada keluarga Noir yang kini semakin berjaya.

Sasaran Noir untuk melahirkan seramai 10,000 Noir Mobile sehingga penghujung tahun 2020, dengan pendapatan bulanan konsisten lebih daripada RM1,000. Wahh, bestnya!

Kekuatan Team Noir

Buat anda yang tak tahu, sejak penubuhan Noir pada 3 tahun yang lepas, Noir telah membantu lebih 2,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik kehidupan masing-masing. Begitu ramai di kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.

Berkat daya usaha mereka sendiri untuk bangkit untuk ubah hidup, bimbingan daripada pengasas Noir, Madammu, yang sentiasa memberikan sokongan dan strategi pemasaran Noir yang menyeluruh dari segi dalam talian dan luar talian, Noir telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan antara 5-6 angka secara konsisten setiap bulan. Fuhh, gila gais. So jangan jadikan alasan untuk tidak bertindak sekarang okay!

Ramai yang telah merealisasikan impian masing-masing dalam membantu keluarga dari kesusahan dan kesempitan, sehingga ada yang mampu memiliki kereta dan rumah idaman. Jadi anda bila lagi? Jangan hanya mengharapkan gaji sejemput suami anda itu, tapi sama-sama bantu suami demi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan!

Okay kalau anda betul-betul nak ubah hidup, anda boleh terus ke FB Noir Health & Beauty HQ ataupun layari laman web www.noirbusiness.com.my untuk maklumat lanjut.