Nampaknya minggu ini nama pelakon jelita Amelia Henderson menjadi bualan ramai di media sosial. Selepas menolak lamaran seorang netizen, ketiaknya pula jadi perhatian.

Baru-baru ini, pelakon berusia 27 tahun itu ada memuat naik tangkap layar memaparkan keterujaan netizen selepas melihat gambar bahagian ketiaknya.


BACA: “Millionare Pun Belum Tentu Ada Peluang” – Amelia Henderson

Rata-rata netizen memuji ketiak aktres itu cantik serta ada yang mengatakan selain memiliki wajah cantik, ketiaknya juga jadi idaman para gadis.

Menerusi perkongsian di Twitter, Amelia hilang kata-kata apabila menerima Tweet daripada netizen mengenai foto tersebut.


Diruangan komen, rata-rata netizen turut tertanya-tanya serta meminta tips bagaimana Amelia menjaga bahagian tersebut kekal putih tanpa sebarang cela.