fbpx

Ketahui Kenapa Pengeluaran RM500 Pun Membantu Sangat!

Kecoh juga semalam bila berita yang ditunggu-tunggu dalam pembentangan Belanjawan 2021 tak seperti yang dijangka! Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 hanyalah sebanyak RM500 sebulan bagi yang terjejas seperti diberhentikan kerja akibat COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu sehingga RM6,000 untuk tempoh 12 bulan bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.

Bantu Ringankan Beban!

Ye lah kalau sebelum ni, tular jugaklah di media sosial bila masing-masing menantikan RM10,000 dapat dikeluarkan dari Akaun 1, tapi lain pulak keputusannya. Ops! Relax gais. Jangan jump into conclusion terus. Ada sebabnya kerajaan buat keputusan macam ni.

Cuba anda bayangkan, duit tu memang dah tersimpan rapi dalam Akaun 1 KSWP, dan hanya boleh dikeluarkan bila anda dah berumur 55 tahun. Ini untuk pengeluaran penuh ya. Okay la tu. At least ada simpanan juga di masa tua. Betul tak?

Pengeluaran RM500 tu adalah untuk mereka yang terjejas. Jadi bagi anda yang masih lagi ada kerja, why not ‘biarkan’ saja duit tu dalam akaun KWSP anda. Kalau keluarkan pun maybe habis ke lain kan? Jadi ‘kekalkan’ saja duit anda dalam akaun tu.

Sebelum ni kerajaan dah longgarkan untuk anda keluarkan duit untuk Akaun 2 kan. Cukuplah tu sementara nak survive sekarang ni. Kalau dua-dua akaun nak keluarkan duit, anda tak fikir ke nanti masa depan macam mana pulak? Paling tidak pun, simpan lah untuk anak-anak nanti.

Sebenarnya pengeluaran RM500 sebulan untuk Akaun 1 ini sangat membantu untuk meringankan beban kewangan golongan yang paling rentan dan tidak dilindungi, serta pada masa yang sama, nak mengekalkan mandat KWSP untuk melindungi simpanan persaraan ahli.

Simpanan Hari Tua

Anda kena ingat, mereka ni lebih perlukan duit untuk menjelaskan utiliti bulanan mereka, nak membeli keperluan harian makan minum mereka, untuk keperluan kesihatan mereka dan semasa wabak COVID-19, setiap ahli keluarga yang keluar dari rumah memang dah WAJIB menggunakan ‘face mask’. Tu belum lagi masuk perlu sediakan ‘hand sanitizer’ sebagai langkah supaya tidak dijangkiti COVID-19.

Jadi anda dah boleh nampak dan tahu apa kepayahan yang terpaksa mereka hadap ntah sampai bila pun tak tahu. Pandemik COVID-19 masih belum reda dan kita harus hidup dengannya selama beberapa tahun akan datang. Kemudahan pengeluaran tambahan ini semangnya untuk ahli atau anda yang benar-benar memerlukan bantuan wang tunai sahaja.

Walaupun kemudahan ini adalah untuk jangka pendek dan diberikan sekali seumur hidup untuk membantu meringankan beban kewangan, tapi anda kena faham walaupun hanya RM50 pun dikeluarkan, ia sangat membantu untuk mereka yang hilang kerja unutk bayar komitmen ataupun bagi anak bini makan.

Faham situasi ‘drastik’ yang berlaku pada kita sekarang ni okay! Jangan kecoh-kecoh. Anda anggap duit KWSP ini adalah duit tabung untuk digunakan di masa terdesak dan juga untuk kegunaan hari tua. Amacam?