fbpx

Kesihatan & Semangat Semakin Pulih, Hafidz Roshdi Sedia Kembali Bertugas

Pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan tahap kesihatan dan semangat dirinya kini semakin pulih menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menurut Hafidz lagi, keadaannya semakin pulih selepas mendapat bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan selebriti dan peminatnya.

BACA: Pak Cik Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Guna Anak Untuk Marketing

Tambahnya lagi, dia juga sedia kembali bertugas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kedua dua cahaya matanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Hafidz (@hafidz.roshdi)

“Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung Hafidz iaitu Humairah dan Umar,” tulisnya.

Hafidz juga berharap dapat menjalani hidup seperti sebelum ini dan isu peribadi yang terpalit dirinya diadili tanpa menjejaskan kerjanya.

“Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian disamping isu peribadi yang Hafidz percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja Hafidz. Hafidz ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya.