fbpx

Netizen Tak Keruan Tengok Remy Ishak Main Air

Lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon kacak, Remy Ishak. Melihatkan penampilannya terbarunya, Remy dilihat semakin tegap dan sasa.

Baru-baru ini, tular perkongsian video di aplikasi TikTok dimuat naik oleh peminatnya memaparkan pelakon itu berada di taman tema air, Sunway Lagoon.

BACA: Netizen Nampak Baby Bump, Isteri Remy Ishak Hamil?

Menerusi video itu, Remy yang dilihat memakai t-shirt berwarna kuning diajak bergambar oleh peminatnya yang ketika itu sedang bermandi-manda di taman tema berkenaan.

https://www.tiktok.com/@linazuishuai/video/7173211125977189659?

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak keruan melihat ketampanan Remy yang bermain air serta ada yang menyangkakan pelakon itu seperti bintang Hollywood.

Apa yang menjadi perhatian, ada yang berseloroh mengatakan suami orang sememangnya kacak sehingga ada yang mahukan air pool tersebut kerana Remy.

Malah, ada yang pada awalnya menyangkakan lelaki dalam video tersebut adalah ahli politik Khairy Jamaluddin selepas melihat pada fizikal mereka yang lebih kurang sama. 

Terdahulu, Remy mendirikan rumah tangga dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof pada 21 Ogos tahun lalu.