“Kesian? Saya Rasa Bertuah Dapat Ibu Seperti Mama” – Cik B
Pasti ramai tahu baru-baru ini tular video usahawan kosmetik, Dato Seri Vida bertepuk punggung bersama pengasas produk sehingga dikecam teruk oleh netizen.
Susulan kontroversi itu, anak-anak usahawan itu iaitu Cik B dan Kacak turut terkena tempias apabila netizen meluahkan rasa kasihan kepada mereka mempunyai ibu seperti itu.
BACA: DSV Punya Pasal, Cik B Pula Yang Kena Kecam
Kesian anak-anak kalau dapat mak macam ni. Cik B (@HavocCikb) boleh la hadiakan vida benda ni https://t.co/sEWc3rPBfd biar dia beringat sikit.
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 13, 2022
Tidak kurang juga, ada yang meminta CikB hadiahkan set jenazah kepada DSV sebagai tanda peringatan tentang kematian.
Sedar namanya dipetik oleh netizen, Cik B tampil memberi respon mengenai perkongsian netizen itu. Cik B berkata tidak perlu kasihan akan dirinya kerana dia bertuah mempunyai ibu seperti DSV.
Cik B juga mengatakan setiap gambar atau video yang tular tidak semestinya menggambarkan sifat atau cara seseorang secara peribadi.
Malah, Cik B turut memberikan kata-kata sindiran mengatakan mungkin mereka cemburu dia mempunyai ibu seperti DSV.
Status Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mereka langsung tidak cemburu kerana tiada siapa yang mahukan ibu seperti DSV serta berharap Cik B tidak akan melakukan seperti ibunya.
- SUMBER
Bijak????????????
Nampak gaya pengertian dan definisi ‘bijak’ di Malaysia sgt rendah nilainya.
Baik buruk macam mana pun , kalau dah namanya mak kita, yang bersusah payah lahirkan & besarkan kita, kita kena terima.
Kalau kau tenyeh mak orang mana2 pun, sekalipun mak orang tu mereng, anaknye tetap akan terajang ko. Melainkan anak nye dah berpatah arang dgn maknye, memang dia tak peduli la.
Kalau tgk layanan Vida pada anaknye, mmg cukup prihatin sbg mak. Tu kebaikan Vida. Tapi nk wat camnenye kn, bila marketing produk, tak dikira maruahnya ke longkang. Itu kelemahan dia. Macam mana pun teruk Vida dgn marketingnye, dan kita mengeji Vida, cikB tu tetap akan ngaku Vida tu maknye. Dah bertahun2 kot, berbakul Vida kena maki, pandai2 la anak dia nak nasihat emaknya. Tak perlu pun cikB nak gila content tunjuk semua benda. Tak perlu pun provoke cik B tu. Vida tu tetap maknye.
Da tua pun, kita nak pukul pun tak boleh. Nasihat je la si Vida tu sampai bila-bila. Memang tak blh pun kontrol si Vida ni. Perempuan kalau dah jadi Lady Boss, susah nk kawal, ikut suka dia je apa nak buat. Lepas break dengan Qebal, makin haru biru aku tgk si Vida ni. Kalau PA2 sekrng tak berani nak nasihatkan Vida, suh Vida cari PA extra yang boleh berdiplomasi dgn dia. Vida pun satu, nak cari pekerja, x pakai kontrak, mana pekerja tak x cabut. main2 acting PA plak. ke kau nak balik kat Qebal tu Vida???
Anak anak kena tahan … Laki semua cabut belah !!!