fbpx

DSV Punya Pasal, Cik B Pula Yang Kena Kecam

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai jutawan kosmetik Datuk Seri Vida yang dikecam teruk susulan kontroversi didakwa menggelar penyanyi terkenal, Anuar Zain sebagai gay.

Meskipun sudah membuat permohonann maaf secara terbuka, namun isu itu masih lagi menjadi bualan ramai. Malah, anaknya, Cik B turut menjadi mangsa kecaman netizen.

BACA: DSV Mohon Maaf Kepada Anuar Zain

Memetik Kosmo Online, hasil tinjauan di ruangan komen Instagram Cik B, ramai yang meluahkan rasa marah dan geram terhadap ibunya.

Tidak kurang juga, ada yang meminta Cik B supaya menasihati ibunya supaya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana bimbang boleh merosakkan reputasinya.

Meskipun banyak komen negatif, namun ada segelintir netizen meminta supaya berhenti mengecam Cik B atas kesalahan ibunya.

“Tenang semua, ibunya yang buat salah, hentamlah Vida. Cik B masih remaja dan perkara ini boleh jejaskan mentalnya,” kata seorang pengguna Instagram.

‘Kenapa anda semua memalukan dia? Mak dia yang salah tetapi mengapa Cik B perlu bertanggungjawab dan tanggung silap ibunya? Jadi, apa beza anda semua dengan Vida?” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Vida mengakui mungkin terlepas kata serta Vida memohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati dengan video tersebut termasuk keluarga Anuar.