Sebut je nama Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, pasti semua tahu pasangan ini antara pasangan selebriti popular dan anak comel mereka Yusuf Iskandar juga turut menjadi perhatian netizen.

Jika anda mengikuti Instagram pasangan ini, pasti anda tahu Hairul Azreen gemarkan aksi lasak dan sering pamerkan perangai kebudak-budakan. Awal tahun ini, Hairul pernah dikecam selepas memuat naik video aksi terbang ketika menaiki eskelator.


BACA: ‘Terbang’ Di Eskelator, Hairul Azreen Dikecam


Baru-baru ini seorang netizen memuat naik posting mengenai Hairul Azreen di Twitter. Netizen itu memberitahu walaupun perangai Hairul Azreen seperti keanak-anakan, namun dia memuji Hairul seorang yang pandai menjaga anak dan rajin membuat kerja rumah. Boleh dikatakan Hairul merupakan calon suami idaman gadis-gadis masa kini.



Namun ada netizen yang memperlekehkan Hairul serta meluahkan rasa kasihan terhadap Hanis Zalikha kerana mendapat suami ‘sewel’. Netizen itu juga memerli Hanis dengan mengatakan sebelum berkahwin Hanis Zalikha seorang gadis yang menjaga martabatnya dan mahukan lelaki yang bijak, kaya dan menjaga tatatertib, namun suami yang dikahwininya adalah disebaliknya.

 

Tidak kurang juga ada yang mempertahankan Hanis dengan memberitahu setiap gadis ada lelaki idaman mereka sendiri, namun bila sudah berkahwin semua ciri-ciri tersebut dilupakan.

Namun ada beberapa netizen memberitahu, sebaiknya tidak perlu kongsikan kisah rumahtangga kepada umum untuk elakkan dari dikecam. Sebelum ini pasangan ini pernah dikecam dan dilabel riak kerana  memuat naik foto percutian mewah di media sosial.

Apa pun, kalau boleh jangan terlalu dedahkan kisah peribadi kepada umum bimbang ianya akan menjadi fitnah.