Kes Tumbuk Isteri, Komen Ibu Mentua Puteri Sarah Jadi Perhatian

Semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Hafidz Roshdi dikatakan telah menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

Lebih mengejutkan, Hafidz dilihat tenang dan sempat memuat naik video bersama kedua anak-anaknya selepas mencederakan isterinya sekaligus mengundang kemarahan netizen.

BACA: Tiga Kali Ditumbuk Hafidz Roshdi, Shuhada Kena 10 Jahitan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Malah, perkara itu turut mendapat perhatian ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah iaitu Datin Patimah Ismail yang memberikan komen pedas mengenai isu berkenaan di Instagram mStar Online.

Komen ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Terdahulu, Shuhada berkata dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta tidak akan berdiam diri

Nekad untuk berpisah selepas apa yang berlaku dan mahu meneruskan kehidupan baru, Shuhada berharap keputusan pengesahan lafaz cerai pada 21 Mac ini berjalan dengan baik.