fbpx

Kes Pukul: Polis Panggil Lydiawati Ambil Keterangan

Akibat tidak tahan diganggu wanita sejak dua tahu lalu, pelakon Lydiawati telah memuatnaik video rakaman dia membelasah wanita berkenaan. Lydiawati kemudiannya dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Daerah Ampang semalam.

BACA: Lydiawati Muat Naik Video Belasah Pengkid, Hilang Sabar

Lydia­wati hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang kira-kira pukul 6 petang dan dibenarkan pulang selepas polis merakam kenyataannya. Video yang dikongsikan pelakon berkenaan mendapat pelbagai reaksi di laman sosial.

Lydiawati menjelaskan sebelum ini dia telah diganggu wanita berkenaan bermula seja awal pembabitannya dalam dunia seni. Malah wanita berumur 40 tahun itu juga sering menghantar mesej lucah sehingga mengganggu keluarganya.

Sebelum ini, Lydiawati menjelaskan bahawa wanita tersebut turut mendakwa mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara. Namun kini wanita berkenaan melarikan diri. (rtky/s)