Dua saman telah di’kemukakan oleh Tengku Muhammad Fakhry siang tadi yang menuntut taat setia dan hutang bernilai hampir RM1 juta.

Dalam saman yang menuntut sejumlah wang itu, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa Manohara meminjam sejumlah wang untuk membeli jam tangan jenama Audemars Piguet bernilai RM174,000.

Lebihan wang yang di’tuntut oleh Tengku Muhammad Fakhry adalah wang yang di’pinjam Manohara untuk kegunaan peribadi & ibunya.

Manohara memberitahu media Indonesia dia didera suaminya secara fizikal dan seksual sepanjang berada di negara ini. Anehnya, sehingga hari ini tiada sebarang tindakan undang-undang di’ambil.

Yang ada hanyalah penerbitan sebuah sinetron berjudul ‘Manohara’ yang akan mula di’tayangkan tidak lama lagi. Sumber: mStar Online