fbpx

Kes Linda Rafar Akan Dibawa Ke Mahkamah Jika Enggan Minta Maaf

Susulan isu layanan jururawat yang disuarakan oleh Linda Rafar, hari ini Delegation of Nurses (DON) telah menuntut anggota kumpulan Elite itu agar memohon maaf kepada jururawat dalam tempoh selama tujuh hari.

BACA: Delegasi Jururawat Bakal Saman Fitnah Linda Rafar

Tuntutan berkenaan telah dimuat naik di laman Facebook DON berserta notis tuntutan mahkamah. Notis itu antara lain menuntut permohonan maaf dan gantirugi yang perlu dilaksanakan Linda dalam masa tujuh hari.

Dalam perkongsian terbabit, DON turut memaklumkan dana yang dikumpul mereka sudah mencapai tahap yang diperlukan untuk memulakan tindakan perundangan. Namun sebarang sumbangan masih lagi dibuka.

Terdahulu, Linda telah memuat naik sebuah rakaman yang menunjukkan beberapa jururawat yang didakwanya biadap kerana tidak menjalankan tugas dengan baik selain menafikan permintaanya untuk menukar cadar katil ibunya.

Rakaman berkenaan telah mendapat perhatian Delegasi Jururawat Malaysia yang mendakwa tindakan Linda menviralkan pekerjanya sebagai fitnah dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya. (rtky/w)