fbpx

Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq meluahkan rasa syukur apabila menang kes saman fitnah terhadapnya selepas lebih dua tahun perbicaraan berlangsung.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Abu Syafiq memaklumkan perkhabaran gembira itu sebaik sahaja selesai menunaikan ibadah Umrah.

BACA: Ustaz Abu Syafiq Tak Hina Ustaz Ebit Lew

Dalam entri itu, Abu Syafiq urut memberi pesanan khas kepada pemfitnah serta pemimpin-pemimpin yang zalim agar segera bertaubat kepada Allah S.W.T sebelum terlambat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)

Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengarahkan seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan RM20,000 kepada Abu Syafiq berhubung kenyataan fitnah yang dibuat melalui media sosial, dua tahun lalu.

Mahkamah juga memerintahkan defendan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada plaintif, Ustaz Abu Syafiq di laman Facebook dan Youtube milik defendan.

Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukuh yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew.