fbpx

Kes Gaji Selesai, Bekas Pemandu Minta Henti Kecam Che Ta

Nampaknya kemelut mengenai bekas pemandu Rozita Che Wan berkenaan isu gaji tidak dibayar dan saman di atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kereta sudah pun selesai.

Baru saja sebentar tadi menerusi Facebook, lelaki itu memuat naik kenyataan mengatakan bahawa Che Ta sudah pun menyelesaikan tunggakan gajinya berjumlah RM2,000 serta saman RM300.

BACA: Che Ta Bengang Bekas Pemandu Dakwa Tidak Dibayar Gaji

Lelaki itu turut mengucapkan terima kasih kepada netizen dan dalam masa sama meminta kepada netizen agar berhenti mengecam pelakon tersebut memandangkan isu itu sudah pun selesai.

Bagaimanapun, lelaki itu memberitahu dia tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut oleh Che Ta kerana apa yang berlaku bukan salah dari pihaknya.

“Disini saya ingin meminta jasa baik semua untuk berhenti mengecam Che Ta kerana dia sudah menyelesaikan apa yang patut dia selesaikan.”

” Dia meminta saya untuk membuat pengkuan maaf secara terbuka yang akan dibagi peguamnya untuk menjelaskan penyelesaian perkara ini tetapi saya mengikut nasihat untuk tidak membuat pengakuan maaf kerana itu bukan salah saya,” tulisnya.

Baguslah kiranya jika semuanya sudah diselesaikan secara baik. Diharapkan netizen juga berhenti mengecam Che Ta serta tidak memanjangkan lagi isu ini.