Kes Gaduh Lan Pet Pet Selesai, Penghantar Makanan Mengaku Cetuskan Provokasi
Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila tular rakaman video dipercayai pelawak Lan Pet Pet didakwa memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan.
Terbaru, Lan memaklumkan isu pergaduhannya dengan penghantar makanan itu sudah pun selesai secara baik. Malah, penghantar makanan itu menarik semula laporan polis selepas mengakui kesilapannya punca pergaduhan itu berlaku.
BACA: “Saya Tegur Bahaya Guna Telefon Masa Bawa Motosikal, Tapi Saya Dimaki”
“Kami dah bersemuka dan kes pun sudah selesai. Lepas saya buat report polis dan dalam dua, tiga hari selepas itu dia (panghantar makanan) pun buat laporan polis.
“Saya ucap terima kasih dengan bro penghantar makanan itu dan kami dah berbaik secara aman damai,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media yang disiarkan menerusi Instagram semalam, peguam Lan Pet Pet berkata sidang perkara yang berlaku hanya salah faham.
“Perkara ini sebenarnya melibatkan sedikit salah faham. Video viral oleh wanita tersebut (yang merakam insiden pergaduhan Lan) seolah-olah menghakimi tanpa usul periksa.
“Kalau salah 100 peratus pada Lan, saya yakin rider itu akan saman Lan di atas kerugian (kecederaan) yang dialaminya tapi akhirnya bila bersemuka, dia menarik balik report tersebut,” katanya.
Terdahulu, Lan mendakwa sebelum kejadian dia ternampak penghantar makanan itu sedang menunggang motosikal, menggunakan telefon bimbit dengan kedudukan motosikal di tengah jalan.
Bimbang dengan tindakan pemuda berkenaan yang boleh mendatangkan bahaya, Lan mendakwa menegur individu berkenaan, namun dia pula dimakinya.
- SUMBER
- mStar Online
Dah agak dah. Lan Solo ni memang baik orangnya. Mesti ada sebab dia mengamuk.
dua2 panas baran..bergaduh la.. pastu dua2 kurangkn ego…lagi bagusssss…
puase+panas+jem mmg mintk maki haha
itu kenyataan lah utk grab food ke food panda ke kalau diorg tgk fon ms tgh bwk moto,kt yg d blkg pn jadi takut..mmg bahaya