Sejak kebelakangan ini banyak kes perceraian melibatkan rakan artis membuatkan pelawak Nabil Ahmad lebih memberikan perhatian terhadap isterinya, Zira Ayub.
Memetik mStar Online, Nabil berkata kes rumah tangga yang menjadi bualan ketika ini sekaligus membuka matanyauntuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab.
BACA: Nabil Ahmad Kesal Simbol ‘Allah Yang Satu’ Dikaitkan Dengan Lelaki Curang
Menurut Nabil, dia kini lebih rajin membantu melakukan kerja-kerja rumah dan isterinya gembira dengan perubahan tersebut.
“Saya syukur isteri saya ditahap bersabar. Saya pula ambil iktibar dan muhasabah diri… mencari tanggungjawab yang saya belum laksanakan dan kekurangan dalam keluarga yang saya tak buat.
“Selama ini saya ingat tugas saya cari nafkah dan berlagak ‘raja’ tapi sekarang saya macam terlebih beri perhatian kepada isteri saya… dia gembira dengan perubahan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil juga meluahkan rasa syukur isterinya banyak bersabar dengan kerenahnya serta menerima kekurangannya.
Sementara itum Nabil turut mendedahkan pernah diganggu penyondol yang cuba mendekatinya namun semuanya dijaga oleh isterinya.
“Antara saya dengan dia, isteri saya yang banyak bersabar, terima kekurangan dan menasihati saya. Mesej (cubaan penyondol) biasa, nasib baik bukan saya yang uruskan.
“Dia bagi saya TikTok pun sebab boleh buat duit. Tapi saya tak tahu keadaan DM macam mana kerana dia yang jaga. Masa saya pegang memang ada ujian-ujian datang nasib baik tak layan,” katanya.