fbpx

“Kerja Kuat Bukan Nak Jadi Kaya Tapi Nak Tanggung Anak-Anak”

Pelakon Rita Rudaini berkata segala perbelanjaan untuk membesarkan kedua-dua anaknya ditanggung olehnya sebagai ibu tunggal.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita kerja kuat bukan untuk jadi kaya sebaliknya mahu membesarkan serta menanggung kedua-dua anaknya.

BACA: Rita Rudaini Tanggung Sendiri Kos Rawatan Anak, Hampir 13 Tahun Pembayar Insurans Henti Bayar

“Isi rumah suami dan isteri bekerja tapi tak boleh kira sekali sebab nafkah wajib di bawah tanggungan suami. Anak? Berapa orang? Semua sekolah..belum lagi ibu tunggal, tunggul dan tinggal. Anak-anak kena sekolahkan. Perbelanjaan semua Sdn Bhd. Bayar zakat, cukai pun sama survive Sdn Bhd..

“Kerja kuat bukan nak jadi kaya tapi nak tanggung anak-anak hidup di kota besar. Macam mana nak hidup kalau hak di ‘nafikan’,” katanya.

Terdahulu, Rita mendedahkan dia terpaksa menanggung sendiri segala kos rawatan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang sudah seminggu di pusat perubatan swasta kerana polisi perlindungan insurannya sudah luput.

Rita berkata Rayyan memang mempunyai polisi insurans tetapi tidak pernah digunakan sejak bayi lagi kerana dia tidak memegang akaun berkenaan.

Menurut Rita lagi, polisi perlindungan insurans berkenaan sudah tamat hampir 13 tahun kerana pembayar berhenti bayar.