Pelakon Rita Rudaini mendedahkan dia terpaksa menanggung sendiri segala kos rawatan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang sudah seminggu di pusat perubatan swasta kerana polisi perlindungan insurannya sudah luput.
Menerusi perkongsian di Instagram, Rita turut meluahkan rasa syukur anaknya selamat menjalani rawatan serta mengucapkan terima kasih buat doktor dan jururawat yang terlibat.
BACA: Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita
View this post on Instagram
Rita turut mendedahkan Rayyan memang mempunyai polisi insurans tetapi tidak pernah digunakan sejak bayi lagi kerana dia tidak memegang akaun berkenaan.
Menurut Rita lagi, polisi perlindungan insurans berkenaan sudah tamat hampir 13 tahun kerana pembayar berhenti bayar.
Kongsinya lagi, dia ada mengambil perlindungan insurans yang lain tetapi juga ‘lapsed’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebelum ini Ryan ada insurans dari baby tapi Mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang. Insurans tu rupanya dah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar.
“Mommy ada ambil yang lain tapi dah luput masa PKP. Lepas itu mommy nekad buat yang baru dengan syarat akaun yang 13 tahun luput itu kena tutup dulu.
“Malangnya manusia yang buka akaun tu tak nak bagi kerjasama untuk tutup akaun walaupun tandatangan itu percuma. Walaupun ejen dah beri penerangan kepada manusia terbabit. Jadi tak dapat mommy ambil insurans sama syarikat dengan mommy dan adik,” katanya.
Dalam pada itu, Rita berkata sebagai ibu dia akan tetap memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya serta mengucapkan terima kasih diatas doa orang ramai.