fbpx

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir membeli banglo tiga tingkat sebagai tanda ingatan hari bahagia itu.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Ayda meluahkan rasa syukur hasil kerja keras mereka berhasil serta menyifatkan ianya adalah rezeki anak.

BACA: Ayda Jebat Tak Sedia Bawa Bayi Jumpa Keluarga, Kawan

“Alhamdulillah.. alhamdulillah. All the hard work, our sacrifices, sleepless nights and struggles, downfalls, it all pays off.

“Kerja siang malam kepagi sampai tak mampu nak bukak mata dah tapi muka still senyum depan camera, yang tau je tau haha! Congrats to you @nabilmahir & me! Rezeki baby jugak,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan pengikut yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempua, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.