Ayda Jebat Tak Sedia Bawa Bayi Jumpa Keluarga, Kawan
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat memohon maaf seandainya dia dan suami terpaksa bersikap keterlaluan kerana masih belum bersedia bertemu dengan ahli keluarga sendiri dan rakan-rakan.
Bimbang dengan keadaan semasa ketika ini ditambah dengan penemuan varian baru Omicron, Ayda berkata dia lebih mengutamakan keselamatan walaupun hatinya rindu untuk bertemu.
BACA: Sibuk Jaga Anak, Berat Ayda Jebat Turun Sampai 45 Kg
“Minta maaf kepada keluarga dan kawan-kawan kalau rasa saya dan suami keterlaluan tentang hal ini.
“Bukan tak nak jumpa. Hati memang dah rindu. Nak gelak ketawa bersama-sama. Nak bagi jumpa bayi kami tapi tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda kami utamakan,” katanya.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story itu juga, Ayda turut memuat naik video sedutan sidang akhbar yang dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu.
Kata Ayda lagi, dia dan suami masih belum belum bersedia untuk bertemu orang lain serta mengucapkan terima kasih kerana memahami mereka.
“Kami masih belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti. Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang kalian sangat dan rindu semua. Termasuk AJSCREAMER (kelab peminatnya). #StaySafeAll,” tulisnya.
Pada 1 Januari lalu, Ayda menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami, Nabil Mahir.
- SUMBER
- Kosmo!
Takde sape peduli anak huduh ko buang dlm parit je ko dua pun Sama terjun sekali
Mangkin menjadi2 mulut @Benci Thought, RK takde org jaga ke? Ni dah kira bully
beria huduh kan anak org anak kau elok sngat ke…bodoh beria pulak mulut kau ni nak komen benda2 tak baik je kluar
Kalau mulut asyik keluar benda tak elok itu petanda ‘hati kotor’ eloklah muhasabah diri risau hidup hanya mengumpul dosa
Lantak ko la