Zaman sekarang, ramai anak muda bercita-cita nak kerja kat luar negara. Negara Teluk macam Dubai, Doha, Riyadh, semuanya nampak glamor. Gaji besar, teknologi canggih, kehidupan moden. Tapi persoalannya, real ke semua ni untuk korang?
Jawapannya, boleh jadi real. Tapi bukan dengan tunggu dan berangan je. Korang kena tahu jalan dia kat mana. Dan salah satu pintu masuk sekarang ni adalah kerjasama antara negara ASEAN dan negara-negara Teluk — yang dipanggil ASEAN-GCC.
ASEAN-GCC Tu Apa Sebenarnya?
Senang cerita, ASEAN ni rantau kita: Malaysia, Indonesia, Thailand dan jiran-jiran kita. GCC pulak negara-negara Teluk: UAE, Arab Saudi, Qatar, Oman dan sebagainya. Bila dua-dua ni bergabung, banyak benda boleh tercipta termasuk peluang kerja, latihan, pertukaran pelajar dan peluang bisnes.

Kredit imej: Malay Mail
Tahun ni, Malaysia jadi Pengerusi ASEAN 2025. Kita jadi orang depan yang lead dan tentukan arah ASEAN nak pergi. Dan kerajaan, terutamanya MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) tengah fokus betul-betul nak pastikan anak muda dapat rasa peluang ni, bukan tengok dari jauh je tau.
Korang Nak Kerja Luar? Peluang Tu Ada
Negara GCC sekarang tengah sibuk bangunkan sektor macam teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, digital, dan inovasi. Diorang perlukan tenaga kerja muda, kreatif dan berkemahiran. ASEAN termasuk korang. Jadi, ada potensi besar untuk isi kekosongan tu.
MITI sendiri dah sebut dalam pelan ASEAN 2025 yang mereka nak sediakan ruang dan peluang kepada golongan belia, wanita dan perniagaan kecil (MSMEs). Dalam dokumen tu juga, ada fokus khas untuk latihan kemahiran, kerjasama digital dan pembangunan lestari. Semuanya ada kaitan langsung dengan masa depan anak muda.
Apa Yang Korang Betul-Betul Harapkan?
Kalau tanya mana-mana belia sekarang, benda yang mereka nak biasanya lebih kurang macam ni:
1. Program latihan dan internship kat luar negara
2. Pertukaran pelajar atau graduan dengan universiti dan syarikat GCC
3. Portal kerja serantau yang senang akses
4. Forum belia yang beri ruang suara korang didengar
5. Peluang keusahawanan dengan sokongan kerajaan dan pelabur luar
Semua ni bukan mustahil — malah, Malaysia sebagai ketua ASEAN sekarang tengah usaha ke arah tu. Fokus dia jelas: ekonomi untuk semua, bukan hanya untuk syarikat besar.
MITI Bukan Biasa-Biasa
MITI sekarang tengah drive empat perkara penting sepanjang Malaysia pegang ASEAN:
1. Kukuhkan perdagangan & pelaburan
2. Bina laluan ekonomi yang mampan & inklusif
3. Sambungkan ekonomi serantau & bantu usahawan kecil
4. Bina ekonomi digital yang kukuh dan terbuka untuk semua
Dalam semua ni, korang sebagai belia tak dilupakan. Malah, korang termasuk dalam kumpulan utama yang nak dibantu.
Peluang Tu Dah Terhidang, Tinggal Nak Rebut Je
Kesimpulannya, kalau korang memang ada impian nak kerja luar, dapat pengalaman global, dan bina kerjaya yang besar, inilah masanya. Peluang tu tak datang hari-hari. Tapi sekarang, dengan ASEAN-GCC dan Malaysia jadi ketua tahun ni, pintu tu memang terbuka luas. Tinggal nak masuk je.
Satu hari nanti, bila korang dah berdiri kat pejabat tinggi di tengah Dubai, korang boleh bangga dan kata, “Aku ambil peluang tu masa Malaysia tengah buka jalan.” Amacam?