fbpx

Zaman sekarang ini semua jenis pekerjaan menggunakan gadjet. Tak kisahlah pekerjaan apa sekalipun paling tidak telefon pintar menjadi salah satu alat yang digunakan untuk memudahkan kerja.


Bercakap bab telefon pintar ni, HUAWEI sekarang sedang melancarkan pelbagai pelan ansuran mudah untuk anda. Sama ada anda seorang pelajar, gamer, ataupun ahli perniagaan sekalipun gadjet yang ditawarkan oleh HUAWEI ini bakal memudahkan lagi kerja harian anda.

Dengan gabuangan gaya kerja pintar untuk ahli perniagaan ataupun pekerja anda boleh grab pakej perniagaan bermula daripada RM25.69 sehari. Dalam pakej ini anda bakal mendapat HUAWEI Mate 30 Pro, MateBook 13, Watch GT 2, dan FreeBuds 3.

Lebih menarik lagi, pelan ansuran 12bulan ini serendah RM8.97 sehari. Murah kan? Masa macam inilah anda harus grab gadjet-gadjet hebat dari HUAWEI.

Ada banyak kombinasi gadjet untuk anda pilih bagi menyesuaikan gaya kerja anda. Nak tahu kombinasi apa yang ada? Lihat sahaja foto di bawah, pasti anda tak sabar untuk milikinya.

Nak tahu gadjet apa yang berada dalam pelan ansuran serendah RM8.97 ini? Jom kita layan:

1. Siri Mate 30

Jangan tak tahu, pelan ansurang 12bulan oleh HUAWEI ini semua hebat-hebat. Macam siri Mate 30 yang merupakan telefon pintar pertama dunia yang dilengkapi oleh Cine Camera 40MP.

Hanya dengan sentuh sisi telefon pintar HUAWEI Mate 30, anda boleh mengawal volume, mengambil gambar selfie dan mengawal permainan game dengan lebih mudah.

Paling menarik, kawalan AI Gesture yang terdapat dalam Mate 30 ini membolehkan anda mengawal telefon pintar ini tanpa perlu menyentuh skrin. AI Private View pula mampu membezakan renungan pemilik dengan renungan orang lain.

Senang cerita, ini sistem keselamatan paling selamat untuk anda. Bukan itu sahaja, dengan fungsi yang ada ini juga membolehkan sistem AI menyembunyi kandungan notifikasi secara automatik.

2. Siri MateBook13


MateBook13 oleh HUAWEI ini membolehkan kerja anda lebih cepat dan senang. Ini semua gara-gara siri MateBook13 mempunyai EMUI 10 bagi membolehkan anda menggabungkan telefon pintar Mate 30 dengan MateBook 13.

Dengan fungsi ‘drag and drop’ hasil penyambungan telefon pintar Mate 30 dan MateBook13 sudah tentunya anda boleh lakukan pindahkan gambar, video, dokumen atau apa sahaja fail dari telefon ke notebook dengan hanya satu sentuhan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh kawal skrin telefon dan notebook serta boleh sambungkan siri Mate ini dengan pelbagai peranti pintar HUAWEI yang lain!

Senangkan? Tak adalah anda asyik tengok skrin telefon yang kecil jika nak dibandingkan dengan skrin MateBook13.

3. Watch GT2

Watch GT2 ini akan memantau tahap kesihatan anda sekaligus dapat memantau rentak jantung anda dengan mudah. Anda juga dapat melihat laporan penuh pada telefon pintar Mate anda untuk mengguruskan kesihatan anda dengan lebih baik.

Lebih bagus lagi dengan, Watch GT2 ini anda tidak akan tertinggal sebarang maklumat atau mesej penting dengan hanya menyambungkannya kepada telefon Mate 30.

Tambah menarik lagi dengan jam ini, anda boleh mainkan muzik dengan mudah ketika bersenam, atau membuat serta menjawab panggilan dengan selesa tanpa perlu menghentikan senaman. Bestkan? Semuanya hanya di pengelangan tangan sahaja.

4. Freebuds3

HUAWEI FreeBuds3 dilengkapi dengan teknologi pengurangan bunyi pintar yang unik, Freebuds 3 membolehkan anda menikmati muzik kegemaran dengan lebih selesa.

Anda juga dapat merasai sendiri pengalaman bunyi muzik dan panggilan telefon yang lebih jelas dengan gadjet HUAWEI ini.

Mempunyai reka bentuk yang ringkas dan bahagian telinga yang selesa membolehkan anda untuk pakai Freebuds3 ini berjam-jam lamanya.

HUAWEI FreeBuds3 dicipta berdasarkan algoritma pemilihan saluran Bluetooth generasi baru yang secara dinamik mengenal pasti kumpulan yang tertakluk kepada gangguan WiFi dan dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan pembatalan bunyi sekali gus membolehkan anda merasai pengalaman audio yang lancar.


Menarikan dengan pekej HUAWEI Together 2020 Business. Semuanya anda boleh dapat dengan harga yang murah. Apa tunggu lagi jomlah dapatkan sekarang, lagi-lagi pakej Together 2020 HUAWEI. Memang best gila!

Layari shop.huawei.com/my untuk maklumat lanjut tentang produk HUAWEI.