fbpx

“Kereta Ditoreh, Media Dilarang Hadir Majlis Kahwin”

Awal bulan lalu, penyanyi dan chef selebriti Fazley Yaakob mendedahkan kisah bagaimana keluarganya ditindas oleh individu yang terkenal di negara ini.

Baru-baru ini, Fazley menyatakan hasratnya untuk bersanding kali kedua. Turut dikongsikan kisah pahit 13 tahun lalu, dimana beliau dan isteri mengalami tekanan, ketakutan dan halangan demi halangan untuk melangsungkan majlis persandingan.

Menurut Fazley lagi, ketika itu jika ada media yang menulis tentang kisah pernikahan dan persandingan tersebut, mereka akan dibuang kerja atau dipindahkan jabatan.

https://instagram.com/p/BjSx6RDBUwx/?utm_source=ig_embed

Lebih mengejutkan, kereta tetamu yang hadir pada majlis persandingan tersebut ditoreh dan tiada pihak media yang berani hadir.

Menerusi posting itu juga, Fazley mahu membuka lembaran baru dan mencipta kenangan baru bersama isterinya. Katanya lagi, persandingan kali kedua itu beliau mahu menjemput semua orang yang tidak dapat hadir satu ketika dahulu.