fbpx

Kerap Ulang Alik UK-KL, Leona Guna Duit Sendiri

Umum mengetahui, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menyambung pengajian di United Kingdom, London.

Memetik Harian Metro, Leona mengakui sukar untuk membiasakan diri dengan kehidupan di luar negara dan disebabkan itu dia kerap pulang ke tanah air.

BACA: Azhar Sulaiman Pening Leona Balik Malaysia Sebab Rindu Nak Pergi Bazar

Menurut Leona lagi, dia menggunakan duitnya sendiri hasil pendapatannya sebagai pempengaruh media sosial untuk menampung kos pulang ke Malaysia.

“Saya pernah terfikir hendak pergi balik hari dari UK (United Kingdom) ke Malaysia, tetapi saya tidaklah berbuat demikian.

“Saya bersyukur dikurniakan rezeki dan terima kasih buat pihak pengurusan saya yang merencana kerjaya saya sebaik mungkin. Mereka berusaha keras untuk mencari peluang pekerjaan dari aspek media sosial dan sebagainya,” katanya.

Tambah Leona lagi, dia sedar ada yang menyangka dia menggunakan wang keluarga sedangkan dia menggunakan wang sendiri namun mengakui yuran pengajian dibayar oleh ibu bapanya.

“Mungkin ada segelintir pihak yang salah sangka yang saya mengambil wang saku daripada keluarga, namun hakikatnya saya sudah bekerja sejak habis sekolah lagi. 

“Malah, semasa di UK pun kebanyakannya saya menggunakan wang saya. Namun, saya tidak dinafikan yuran dibayar oleh ibu bapa saya,” katanya.