fbpx

Kerap Menangis Punca Bapa Gigit Kepala Bayi

Seorang lelaki berusia 43, ditahan polis apabila didakwa mengigit kepala bayinya yang berusia 20 hari dalam kejadian di Bumbung Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mangsa yang merupakan bapa kepada bayi berkenaan bertindak mengigit kepala bayi sehingga meninggalkan kesan kerana dipercayai bayinya kerap menangis pada kejadian 11 Julai lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek juga sering melambung dan menggantung bayi di buaian sehingga jatuh ke lantai.

Susulan laporan, isteri mangsa bertindak membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan anak – anaknya yang sering dipukul suspek selain pernah mengugut mahu menjual bayi berkenaan.

Mangsa ditahan kira kira jam 7.50 malam dalam Ops Cantas di perkarangan Hospital Kepala Batas.

Hasil siasatan polis suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan kini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001.

Suspek kini ditahan reman di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.