fbpx

Kerana Drama, Siti Saleha Kini Terbuka Untuk Bermadu

Berpunca daripada watak yang dibawanya di dalam drama Cinta Paling Agung, Siti Saleha menjelaskan bahawa dia tidak menolak kehidupan berpoligami namun suami juga perlu berlaku adil terhadap tanggungjawabnya.

BACA: Siti Saleha Berjinak Melabur Saham, Mahu Bina Perniagaan

“Perkahwinan bukan satu gurauan. Saya banyak belajar sepanjang melakonkan watak ini. Cinta Paling Agung membuka mata saya mengenai penceraian dan poligami. Andai nanti saya berkahwin, saya tidak dapat menerima kenyataan jika ditakdirkan terpaksa berkongsi suami”

“Saya tidak menolak kehidupan berpoligami tetapi suami harus berlaku adil dan mengikut lunas agama. Jangan pula nanti melukakan hati dan perasaan orang lain hanya kerana ingin mengambil kesempatan ke atas agama (menghalalkan agama),” katanya seperti yang dipetik melalui Beautifulnara.

Malah menurut pelakon ini juga, dia belajar mengenai banyak perkara melalui drama tersebut. Soal poligami merupakan soal yang sangat sensitif bagi kaum Hawa dan keterbukaan Siti Saleha menerima poligami pastinya mendapat pandangan berbeza daripada peminatnya. (rtky/s)