fbpx

Umum mengetahui, pelakon Jasmine Suraya memaklumkan dia ditawarkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Namun, pelakon itu berkongsikan terpaksa menjual beberapa barang peribadinya termasuk keretanya untuk perbelanjaan sepanjang pengajian yang menelan kos hampir RM400,000.

BACA: Pakai Gaun Seksi, Jasmine Suraya Rasa Macam Bollywood Princess

Perkara itu turut mendapat Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu Jasmine jika perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.

“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.

Difahamkan, Jasmine merupakan rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.

SUMBER: Bernama