“Keputusan Kembali Berkahwin Bukan Mudah, Saya Tak Mahu Gagal Lagi”
Pelakon Esma Daniel selamat bernikah kali ketiga dengan wanita pilihan dikenali Nuratira Mazlan, Sabtu lalu selepas enam tahun bergelar duda.
Memetik mStar Online, Esma berkata hatinya terbuka untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas merasakan Atira adalah pasangan yang sesuai buatnya.
Pernah melalui pengalaman dua kali gagal dalam perkahwinan, Esma berdoa agar rumah tangga yang dibina kini adalah yang terakhir serta kekal hingga ke akhir hayat.
“Saya dah pernah dua kali gagal dalam rumah tangga. Jadi kali ini mestilah nak pastikan hubungan dengan isteri kekal hingga akhir hayat.
“Lima tahun saya menduda… keputusan untuk kembali berkahwin bukan satu yang mudah. Saya tak mahu gagal lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Esma berkata dia pernah membawa Atira ke lokasi penggambaran agar isterinya itu memahami mengenai tugasnya sebagai pelakon.
“Maklumlah dia bukan seorang pelakon. Jadi saya selalu bawa dia ke set penggambaran supaya dia faham situasi, suasana dan kerja saya,” katanya.
Terdahulu, Esma pernah berkahwin dengan aktres Sherie Merlis pada 1992 namun bercerai pada 1997. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Esma kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 namun bercerai pada 2016. Mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.
- SUMBER
- mstar Online
Anak2 dlm perkahwinan sebelum ni mcm mn khidupan mereka ya? Kau ckp mcm ex2 kau yg bermasalah. Muhasabah diri dan pastikan kau jln kan tugas sbagai bapa dan bila kau kawin lg nnti sebagai suami mnurut islam ok. InsyaAllah x ada mslh pak.
time usia cam ni…terima menantu..p dia pula yg benikah..hrap jodoh bepanjangan..amin
wife dia tengok kt fb macam seksi semacam je. Ghisauuu
Tengokkan aje la nanti..bini muda tahan ke tidak..dah banyak umur ni dah banyak benda tak larat..termasuk poket kalau dah sendu