fbpx

Ayat Pedas Di Instagram, Sajat Tuju Pada Safiey Illias?

Baru-baru ini, dunia kosmetik menjadi panas apabila usahawan cantik Nur Sajat memuat naik kepsyen pedas di Instagram seolah-olah memerli seseorang. Namun, tidak didedahkan pula ianya ditujukan kepada siapa.

Menerusi posting yang dimuat naik pada Selasa lalu, Sajat menempelak tindakan individu itu yang dikatakan suka membandingkan dirinya. Sajat juga menasihati individu tersebut agar menjadi diri sendiri dan tidak menirunya.

Namun semalam, Safiey Illias pula memuat naik gambar seksinya beserta kepsyen seolah-olah memerli  semula kenyataan Sajat. Menurut Safiey, dia tidak peduli dengan kenyataan pedas itu serta menyindir Nur Sajat yang sering memuat naik video menyanyi di dalam bilik air.

Kata Safiey lagi, dia mengaku dirinya seorang pondan dan bangga kerana dia menjadi diri sendiri.

Ini bukan kali pertama kedua-dua usahawan kosmetik ini berdepan dengan isu seperti ini. Sebelum ini Safiey dikatakan menyindir Nur Sajat sebagai munafik. Safiey juga mengatakan Sajat selalu mengelak apabila terserempak dengannya.