fbpx

Pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail berkata dia tertarik menjadikan Da’i Syed sebagai bakal suaminya selepas melihat keperibadian lembut hati pendakwah bebas itu.

Memetik Astro Awani, Hana berkata melihatkan keperibadiannya serta memiliki pengetahuan dalam Islam membuatkan dia menerima lamaran Da’i Syed.

BACA: Da’i Syed, Hana Ismail Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat

“Meskipun perkenalan kami singkat, Alhamdulillah segalanya berjalan baik atas izin Allah SWT. Keperibadian Syed yang lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama Islam membuatkan saya menerima lamarannya.

“Dalam masa sama, Syed sangat takzim dan memuliakan ulama juga sering menghadiri majlis ilmu dan jalan kami serupa. Paling utama saya jatuh hati dengan cara dia menjaga dan menggembirakan ibunya,” katanya.

Hana turut berkongsikan mengenai sesi taaruf yang diadakan pada Oktober lalu dimana dia selepas sesi itu berlangsung dia membuat solat Istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah.

“Sesi berlangsung dalam satu jam. Selepas itu saya membuat solat Istikharah memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan menerima lamaran. Begitu juga dengan Syed yang menunaikan solat Istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun, Hana tidak berkongsikan mengenai tarikh pernikahannya yang akan berlangsung tidak lama lagi serta memohon dia agar majlis pernikahannya dipermudahkan.

“Saya mohon doa terbaik dari semua agar majlis pernikahan kami nanti berjalan lancar dan penuh barakah. Insya-Allah saya akan uar-uarkan nanti. Doakan kami,” katanya.