Minggu lalu kecoh di media sosial mengenai kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam. Seperti yang diketahui, gelaran juara Dewi Remaja Haneesya Hanee telah ditarik balik, manakala Ernisha dan Fazreen tidak boleh lagi menggunakan gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’

Diantara ketiga-tiga peserta, Ernisha antara yang menjadi bualan hangat apabila penampilannya yang bertudung di dalam Dewi Remaja tetapi hanya mengenakan bikini bersama jaket dan memakai topi di kelab malam tersebut.


BACA: “Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini”

Terbaru, Ernisha memuat naik kenyataan permohonan maaf dan mengaku apa yang terjadi adalah kesilapannya sendiri. Ujarnya lagi, semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan akan berubah untuk menjadi insan lebih baik.

Dalam pada itu, Ernisha memaafkan ‘pengkhianat’ tersebut serta mendoakan agar individu itu tidak terkena perkara yang sama. Ujarnya lagi, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.


Biarpun dikecam teruk, ramai selebriti memberikan sokongan dan kata-kata positif buat mereka untuk terus bangkit untuk melakukan perubahan. Apa pun diharap ketiga-tiga mereka terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.