fbpx

“Kenyataan Saya Telah Diputar Belit”

Dikecam hebat kerana kenyataan meminta pelepasan cukai bagi selebriti yang terpaksa menampung kos penampilan diri yang tinggi, Nora Danish meluahkan rasa terkilan dengan kenyataan media yang dianggap memutar belit. Kecewa dengan tuduhan peminat, Nora menegaskan bahawa dirinya tidak pernah melepaskan tanggungjawab membayar cukai.

BACA: Nora Danish Minta Selebriti Dikecualikan Bayar Cukai

“Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” tulisnya di akaun laman sosial.

Walaupun kini dalam perjalanan pulang dari Korea, Nora menyedari kenyataannya mengenai perlepasan cukai kepada selebriti untuk menampung kos kekal cantik dikritik hebat oleh peminat. Tidak mahu isu terus berpanjangan, beliau menerusi akaun Instagram menjelaskan bahawa beliau hanya meminta sedikit perlepasan cukai dan bukan mengelak untuk membayar cukai.

Terdahulu, menerusi Utusan Online Nora telah mencadangkan agar artis wajar diberikan pelepasan cukai bagi menampung kos penampilan diri agar sesuai status mereka sebagai selebriti. Bagaimanapun, kenyataan beliau mula menjadi viral apabila ramai yang mula berang melihatkan kehidupan selebriti yang serba kemewahan tetapi mengelak untuk membayar cukai. (rkty/w)